Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
moga rakyat palestine dihilangkan dari segala kesulitan hidup, aamiin Ya Allah. Ya Rabbi, berkat sedekah ikhlas ini, moge penyakit kami suami isteri disembuhkan, dan matikan kami dlm husnul khatimah..peliharalah Ya Allah ibuku dari mara bahaya, kurangknlah azab kubur arwah ayah dan arwah adikku..Ya Allah, limpahknlah rezeki yg luas kpdku dan keluargaku.aamiin Ya Rabbal Alamin
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
KHADIJAH BINTI OTHMAN
Moga saya disembuhkan dari penyakit kedua2 lutut,sendi tengkuk dan tulang belakang,sakit2 saraf dan penyakit2 berat yg lain dan direzekikan untuk dapat tunaikan haji bersama suami dalam keadaan terbaik dalam waktu terdekat.Aamiin2
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Karim.. ya Allah kau selamatkanlah bumi palestin kau lindungilah umat islam di sana kau ringankanlah beban mereka kau kuatkanlah iman mereka kau kuatkanlah tubuh badan mereka kau kuatkanlah fizikal dan mental mereka.. semoga engkau merahmati mereka.. Aamin
Anda mengaminkan doa ini