Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan aku dan keluargaku di dunia dan akhirat. Berilah kepada kami rezeki yang melimpah ruah. Kasih sayang Yang melimpah ruah. Ketenangan, kekuatan hati dan iman. Kesihatan yang baik dan sempurna. Kebahagian di dunia dan akhirat. Permudahkanlah bagi kami untuk menunaikan Haji dan umrah bersama-sama. Perkenankanlah doa-doa hamba Mu ini Ya Allah. Aamiin YRA
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah yang maha berkuasa bagi setiap sesuatu,kami mohon kepadamu ya allah ampunilah dosa2 kami kedua ibubapa kami dan saudara2 kami seluruh dunia terutama saudara kami di Palestin, masukanlah kami ke dalam syurgamu & jauhilah kami dari azab allah di dunia dan akhirat kelak.
0 orang mengaminkan doa ini