MASJID RIYADZUSSOLIHIN

Aktif sejak Jul 10, 2021

Tentang Penganjur

Masjid Riyadzussolihin adalah sebuah masjid yang terletak di Kampung Padang Lalang Ayer Hangat Pulau Langkawi Kedah. Dalam usaha untuk mengimarahkan masjid ini sudah tentu memerlukan dana yang besar  termasuk juga aspek kebajikan penduduk dan golongan yang memerlukan.


Antara program yang diadakan selain ibadah solat adalah seperti berikut:

  • -Kuliah Maghrib
  • -Kuliah Muslimat
  • -Kelas Pengajian Al-Quran Kanak-kanak ( Percuma untuk golongan fakir miskin dan anak yatim)
  • -Kelas Pengajian Al-Quran dewasa( Percuma )
  • -Kelas Tarannum Al-Quran Qari Junior ( Percuma )
  • -Daurah Kitab
  • -Dan lain-lain program yang akan ditambah diri semasa ke semasa


Kebajikan:

-Bantuan makanan kepada fakir miskin

-Bantuan Pengurusan jenazah percuma kepada keluarga fakir miskin

-Bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah

-Perkhidmatan Van Jenazah secara percuma

-Dan lain-lain kebajikan seperti bantuan akibat covid-19.


Masjid Riyadzussolihin tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan. Sumber pendapatan hanyalah daripada sumbangan orang ramai. Sumbangan anda sangat bermakna untuk mengimarahkan rumah Allah ini.



Kampung Padang Lalang Mukim Ayer Hangat , 07000, Langkawi, Kedah, Malaysia
masjidriyad18@gmail.com
019-4406709

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, smoga kau berikanlah kesembuhan atas sgala sakit yg kualami ..dan kau berikanlah kesihatan, permurahkan rezeki ku..Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Saya infaqkan sedikit sumbangan atas nama abah, Mad Zaki @ Abdullah bin Ibrahim...Moga Allah berkati...aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD IKRAM

3 tahun yang lepas

Semoga Covid-19 hapus segera dari bumiMu Ya Allah. Juga mohon permudahkan urusan ku untuk membina rumah tangga.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD FAISAL HASAN

3 tahun yang lepas

Semoga Allah angkat COVID-19 daripada muka bumi ni. Dah tak tahan setiap hari dengar berita orang yang tersayang direnggut nyawanya.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Rabbi. Terimalah amalan kami dan ampunilah dosa kami & ibubapa kami serta sekelian Muslimin & muslimat. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.. Ampunilah segala dosa kami. Aamin ya rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: