MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN DARUL HUDA

Aktif sejak Apr 05, 2021

Tentang Penganjur
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda terletak dibahu jalan Kampung Gebok, Mantin di N. Sembilan. MTADH telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sejak tahun 2015. Alhamdulillah, buat masa ini, madrasah kami mempunyai 35 orang pelajar yang kebanyakan dari mereka datang dari keluarga yang susah, namun mereka bersemangat untuk menghafal Al-Quran dengan ikhlas. Matlamat Objektif MTADH adalah melahirkan generasi huffaz Al-Quran yang mampu memberi khidmat dan berfaedah kepada masyarakat setempat. Melahirkan generasi ummah yang mempunyai hafazan Al-Quran yang mantap. Membuka peluang kepada masyarakat setempat untuk mendalami dan menghafaz Al-Quran secara sistematik. Merealisasikan matlamat sifar buta huruf Al-Quran. Membina sahsiah Islamiah yang mantap serta dapat merealisasikannya di dalam masyarakat dan berguna kepada agama dan bangsa. Membina individu yang seimbang dari sudut keperluan rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan cabaran semasa dalam kehidupan bermasyarakat. Hajat kami menubuhkan portal di platform Sumbangan.com adalah untuk memudahkan saluran bantuan tuan-tuan dan puan-puan semua kepada madrasah tahfiz kami ini. Allah SWT berfirman dalam Surat Al-Baqarah, ayat ke-261. Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Kami mengalu-alukan sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan semua, supaya sedikit sebanyak dapat memudahkan kami menjalakan madrasah tahfiz kami ini. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank kami (Pusat Pengajian Darul Huda - 505103006702) Terima kasih atas sumbangan tuan/puan semua dan semoga dirahmati Allah SWT.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Huda, KM21, Kg Gebok, 71700 Mantin, Negeri Sembilan. , 71700, Mantin, Negeri sembilan, Malaysia
mtadarulhuda@gmail.com
193767919
67581513

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Permudahkan lah segala urusan kami dunia dan di akhirat kelak Ya Allah. Kurniakan la kepada kami anak anak yang soleh dan solehah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkan rezeki kami dengan rezeki yang Engkau redhai, hasil berkat usaha kami. Semoga dengan nikmat kurniaanMu ini, kami boleh membantu lebih ramai lagi insan sesaudara kami di luar sana.

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua..Aamiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni aku, berikan aku kesihatan yang baik, murahkan rezekiku, permudahkan semua urusanku.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah rahmatilah roh ibu dan abangku. Letakkan rog mereka bersama roh orang beriman dan khusnul Khotimah. Kau kurniakan lah rezeki ku seluasnya dan berpanjangan bak air zam zam

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah. Permudahkan urusanku dunia akhirat. Sampaikan juga pahala wakaf pada mak abah.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: