Darul Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah

Aktif sejak Jul 13, 2022

Tentang Penganjur

Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurra’ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan. 



LOT 6235, KAMPUNG TANJUNG MEDAN, SUNGAI PANJANG MUKIM SUNGAI PANJANG, 45300 SABAK BERNAM SELANGOR , 45300, SABAK BERNAM, Selangor, Malaysia
mtalhanafiah@gmail.com
601131408477
60132158905

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Di pagi jumaat bulan Muharram penuh barokah ini Kau kurniakanlah hambaMu ini dan isteri zuriat yang soleh dan solehah sebagai pengikat kasih sayang antara kami. Limpahkanlah kami rezeki dari pelbagai sudut. Berkatilah kehidupan kami sekeluarga dunia dan akhirat. Sesungguhnya hanya kepadaMulah kami memohon segala doa dan impian kami. Aaminn.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

YaAllah Kau permudahkan segala urusan hambamu ini jadikanlah sumbangan kami yang lain ini menjadi permulaan bagi mencari keberkatan dan keredhaanMu.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan semoga saya sekeluarga selamat dan bahagia dunia akhirat

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI ZULAIKHA BT AMRAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kebaikN dunia akhirat dan permudahkan siti zulaikhA mendapat pekerjaan yg sesuai untuknya

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya agar diberikan kesihatan yg baik ... Dipermudahkan segalaurusan untuk melangsaikan segala hutang2 saya... Dijauhkan segala keaiban diri dan keluarga.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAZLIZAN ROSLI

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan penganjur dlm melaksanakan program ini dan semoga Allah permudahkan rezeki saya dan urusan saya.. aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: