Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
Hamba Allah
Kurniakan kesembuhan buat Amalina Ayuni Mohamad drpd penyakit hipertiroid&tiroid mata.Kurniakan kesembuhan buat anaknya,Khairu Amryn Al Faqeh Khairul Amry drpd penyakit scoliosis (tulang belakang bengkok)&permudahkanlah rawatannya.Smg anak2nya Khairu Ammar Al-Asyraff,Khairu Amzar Al Fateh&Khairu Amryn Al Faqeh menjadi anak soleh,taat ibubapa,guru2&org tua& mnjadi anak yg cemerlang dunia&akhirat.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Bismillahirrahmannirrahim….ya Allah terima kasih diatas segala rezeki yg telah kau berikan. Permudahkan anak ku Shabiella Ayunie menjawab soalan peperiksaannya hari ini dgn betul dan tepat dan dikurniakan markahbyg tertinggi. Amin ya Rabbalalamin…
0 orang mengaminkan doa ini