MADRASAH TAHFIZ ALQURAN DARUL FALAH

Aktif sejak Apr 28, 2021

Tentang Penganjur

Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Falah Kampung Rim Jasin Melaka adalah pusat pengajian tahfiz al Quran yang telah beroperasi sejak tahun 1996. Bermula dengan 10 orang pelajar sehingga kini meningkat kepada 150 orang pelajar lelaki dan perempuan telah menghafal al-Quran di berbagai peringkat pencapaian


Pada tahun 2010, madrasah ini telah memulakan kelas Pengajian Alimah. Beberapa guru bertauliah dari pondok-pondok seluruh negeri di Malaysia telah berkhidmat mengajar pelajar-pelajar yang kebanyakan terdiri daripada masyarakat tempatan. Pihak madrasah menggunakan rumah-rumah tenaga pengajar sendiri untuk dijadikan ruang kelas pengajian dan diubah-suai untuk dijadikan asrama


OBJEKTIF:

Objektif penubuhan Madrasah Tahfiz Al- Quran Darul Falah Kg.Baru Rim Jasin Melaka ialah:

Mendidik seseorang menjadi lebih baik, dinamik dan berketerampilan dalam menghafal dan menghayati ayat-ayat Al- Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T

Mendidik seseorang itu lebih berwawasan dalam semua aspek kehidupan.

Mendidik seseorang itu patuh dan taat kepada suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mendidik seseorang itu menjadi anak yang soleh dan berhati mulia disisi Allah, agama,keluarga,masyarakat, dan bangsa.


MISI:

Melahirkan graduan yang berkemampuan untuk membudayakan Al-Quran dan Sunnah dan berkemampuan dalam menyampaikan dakwah secara cekap dan berkesan

VISI:

Beriltizam menjadikan sebuah insitusi agama yang berwibawa dalam memantapkan akidah,syariat islam dan memperkasakan akhlak


PENGAJIAN-PENGAJIAN

Terdapat dua jenis pengajian di madrasah ini:

1. PengajianTahfiz(lelakidanwanita)

2. PengajianUlumSyariahdanBahasaArab(wanitasahaja)


TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian tahfiz adalah bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan pelajar itu sendiri manakala tempoh pengajian alimah adalah selama 6 tahun.


SILIBUS PENGAJIAN ISLAM ULUM SYARIAH DAN BAHASA ARAB


TAHUN 1: TERJEMAHAN ALQURAN,HADITH,FIQH,TAUHID,SIRAH BAHASA

ARAB,NAHU,SOROF,TAJWEED PRAKTIKAL BAHASA ARAB. Pengenalan dan penguasaan asas tatabahasa Arab dan Fardhu ain.


TAHUN 2: TERJEMAHAN ALQURAN,HADITH FIQH ,TAUHID,SIRAH,BAHASA ARAB PENGAJIAN HAIDH,NAHU,SOROF PRAKTIKAL BAHASA ARAB

Membaca dan memahami teks yang ringkas dalam bahasa arab tanpa baris serta pemantapan hafalan asas bahasa arab dan fardhu ain,disamping memahami konsep fiqh darah wanita.


TAHUN 3: TERJEMAHAN ALQURAN,HADITH FIQH ,TAUHID,SIRAH,BAHASA ARAB PENGAJIAN HAIDH,NAHU,SOROF PRAKTIKAL BAHASA ARAB,TASAWWUF

Berkemampuan menguasai dan memahami teks kitab pengajian serta berkemampuan menulis dan bertutur dalam bahasa arab disamping pengenalan asas ilmu usul fiqh


TAHUN 4: FARAIDH,TAUHID ,FEQAH,NAHU BAHASA ARAB,TAUHID,USUL HADITH,USUL FIQH,SIRAH,PRAKTIKAL BAHASA ARAB

Pengenalan dan penguasaan asas ilmu usul hadith serta pemantapan asas pembahagian harta pesaka.


TAHUN 5: TAFSIR,HADITH,NAHU,TASAWWUF FIQH,BAHASA ARAB,USUL TAFSIR, BALAGHAH

Pengenalan asas ilmu sastera bahasa arab dan asas ilmu usul tafsir disamping memahami pentafsiran alquran dan pengajian hadith.


PENGAJIAN ISLAM TAHUN AKHIR DAURATUL HADIS: TAFSIR,HADITH,TASAWWUF. TAFSIR JALALAYN,SOHIH BUKHARI,JAMIE' TIRMIZI,MISYKATUL MASABIH,MUHIMMAH PENAWAR BAGI HATI

Memahami dan menguasai aqidah dan tasawwuf ahli sunnah wal jamaah serta memahami perbezaan fiqh mazhab disamping boleh mengaplikasikan asas feqah wanita dalam kehidupan seharian.


Lorong haji Dollah Kampung Baru Rim , 77000, Jasin, Melaka, Malaysia
admdarulfalah@gmail.com
+60167253947
+60176282466

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah ku pohon rahmat mu dan memohon kemudahan segala urusan, kesihatan yg berpanajangan, rezeki yg luas dan berkat dari mu Ya Allah. Amin Amin Amin Ya rabbalamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya sihat waalfiat dilimpahi rezki dikabulkan semua impian dan dimudahkan urusan aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

semoga saya sihat waalfiat dilimpahi rezki dikabulkan semua impian dan dimudahkan urusan aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Sedekah subuh keluarga saya pada hari jumaat yang barakah. Semoga beroleh manfaat kepada muslimin dan muslimat. Ya Allah terimalah ibadah lu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

DOAKAN MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT ..AMIN.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga bermanfaat pada penerima dan menjadi asbab kebaikan kepada si pemberi. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: