Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-Doa #Penyumbang

AYUNI NAZIFAH

7 bulan yang lepas

Semoga Allah limpah ruahkan rezeki untuk ayuni nazifah, suami serta keluarga.. dan dapat keluar dari segala bebanan hutang. Semoga jualan ayuni laris pada setiap hari.. dan semoga urusan suami ayuni dipermudahkan dan mak ayah serta maktok ayuni panjang umur dan sihat sentiasa.. dan semoga tokwan ayuni ditempatkan dikalangan org org soleh ❤️❤️

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga idham dikurniakan rezeki yg terus mengalir seperti air zam zam

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan Saya dikurniakan rezeki seperti mengalirnya air zam ii

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI RAHMAH BINTI SUKOR

7 bulan yang lepas

Smoga dgn sumbangan sy nie dpt mengalir pahala wat arwah anak syurga sy (Muhammad Imam Bin Tajuddin) disana Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga kempen ni akan dapat capai sasaran dlm masa terdekat, ank ank tahfiz asnaf dan yatim ni dpt pendidikan yg terbaik..semoga ank ank kita juga dpt belajar agama dan menyebarknnya juga

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Jadikan ketiga² ank perempuan sy, Nur Khayla Ashadiya, Nur Ameera Lashira & Nur Khadeeja Alyssa menjadi ank yg solehah, yg bijak pandai, terhindar dari perbuatan maksiat, dijauhkan drpd perbuatan yg keji & dkurniakan akhlak iman dan taqwa seperti para nabi dan juga rasul. Jadikanlah keempat² adik lelaki sy Muhammad Badiuzzaman, Amirul Haikal, Amirul Hafidz & Amirul Hakim mnjadi ank² bijak & soleh

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: