Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-Doa #Penyumbang

AINIE HAMZAH

7 bulan yang lepas

Doakan saya di berikan kesihatan yg baik, Rezeki yg melimpah ruah dan bahagia selalu....aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga sedekah ini dpt sedikit sebanyak membantu anak² di sana dan menghapuskan dosa saya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga sumbangan ini menjadi infaq sadokah bagi arwah bapa saya Abdullah Sulaiman. Ameen

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Assalamualaikum shj hamba bersedekah hari ni kerana Allah ta’ala. doakan sy dpanjangkan Umur ddlm keberkatan, di permudahkan segala urusan dunia akhirat, dpermudahkan juga rezeki, d angkat segala kesakitan dan d jauhkn dr sgla penyakit fizikal dan mental. Semoga allah sentisa syg kita smua.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan smoga 1 hari nnti akan dpt zuriat 😊

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan dan dimurahkan rezeki..aamiin3 yarabbal alamin🤲🏻

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: