Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Mohon doakan kmi sklrga diredhai Allah swt dan Rasulullah saw serta msuk ke dlm SyurgaMu tanpa azab dan hisab.. Aameen YRA..🤲

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan perniagaan sy maju jaya. InsyaAllah

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD KAMIS AMRI

7 bulan yang lepas

Ya allah..permudahkan urusan kami sekeluarga..murahkanlah rezeki kami..kesihatan yg baik dan mudahkan sy melunaskan hutang-hutang.

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NADIA NATASHA

7 bulan yang lepas

semoga kalian sentiasa diberkati oleh Allah. moga kita semua berkumpul di syurga sama2. mohon doakan anak syurga saya boleh bercakap seperti kanak2 lain. doakan kami dimurahkan rezeki serta diberkati Allah. amin ya rabb..

Anda dan 5 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki, kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan dunia & akhirat, ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Dan yg utama, permudahkan urusan anak Autism saya Muhammad Emir Yusuf untuk boleh berdikari sendiri, bercakap seperti kanak2 normal yang lain dimasa depan.. Amin ❤️

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki untuk menunaikan Haji bersama ibu ayah & ahli keluarga.

Anda dan 7 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: