Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Anak-anak yatim menjadi insan-insan yang berbakti untuk masyarakat, tanah air dan bangsa. Aamiin!

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Semoga bermanfaat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

🌹Infaq Ramadhan dariku buat kami sekeluarga, kedua ibubapa dan seluruh ahli keluarga kami yg terdahulu yang meninggalkan kami. Umumnya seluruh kaum muslimin dan muslimat samada yg msh hidup atau yg meninggal dunia. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita semua, mewahkan rezki kita semua serta permudahkan segala urusan kita semua dunia akhirat serta terselamat dari azab siksa kubur mahsyar dan api neraka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan sy dan kekuarga dimurahkan rezeki

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

semoga semua yang menyumbang, membantu sumbangan, menerima sumbangan, di berkati hidup. Amiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat. Berkatilah dan rahmatilah kerja buat kami. Moga mendapat keberkatan Allah. Kami redha segala galanya. Amin Yarabbal Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: