Maahad Tahfiz Sains Fathul Aziz

Aktif sejak Dec 18, 2023

Tentang Penganjur


Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.


Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.


Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.


Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan “Generasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.


Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:


KOS OPERASI SEKOLAH 2023 


1. Sewa: RM15,000

2. Gaji pekerja: RM16,800

3. Utiliti: RM5,000.00

4. Rencam: RM3,000.00

5. Program : RM5,000.00

6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)

RM53,760

No. 1-1, Jalan Avenue 3, Ampang Avenue, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor , 68000, Ampang, Selangor, Malaysia
mtsfa2024@gmail.com
601121111315
601110841278

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia & akhirat. Kurniakan kesihatan yang baik dan ditebalkan keimanan dan ketaqwaan kita semua.

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD

1 tahun yang lepas

Semoga kami dijadikan hamba Allah seperti yg Allah sayangi, sukai, rahmati, & redhai.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORRIZAL MUHAMMAD

1 tahun yang lepas

Doa kan saya supaya dapat zuriat.. Amin 🤲🏼

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHADIJAH

1 tahun yang lepas

Semoga dikurniakan kesihatan buat ibu dan ayah saya serta dalam lindungan Allah, mohon jua dipermudahkan segala urusan buat saya sekeluarga.. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORMALINA RAHIM

1 tahun yang lepas

Semoga berkat sedekah ini menjadi asbab kesembuhan anakku dan ibuku

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

"Ya Allah, Serituah ingin memohon kepada Mu beberapa perkara: Ya Allah, ampunkan semua dosa-dosanya, ibu bapanya dan ahli keluarganya. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman. Ya Allah, Serituah memohon kepada Mu agar Engkau memberikan kesihatan yang sempurna, panjangkan umur dan dimurahkan rezeki

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: