Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN ANAK YATIM MISKIN KELANTAN (PAYATIM KELANTAN)
PPM-010-03-02052017
Pertubuhan ini telah diluluskan penubuhannya pada 02 Mei 2017 berasaskan kepada pertubuhan kebajikan awam.
Matlamat PAYATIM adalah mencari dan mengumpul dana daripada pelbagai sumber yang dibenarkan untuk membantu golongan asnaf seperti ;
Anak-anak yatim miskin, anak-anak terbiar, mualaf, orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, pusat pengajian pondok (Tahfiz), mangsa bencana, pusat jagaan anak yatim, orang tua dan sebagainya.
Bagi menjayakan hasrat PAYATIM KELANTAN untuk membantu golongan asnaf ini, kami berharap pihak tuan/puan dapat memberi sedikit bantuan dari segi kewangan untuk sama-sama kita membantu saudara kita yang memerlukan.
Terima kasih.
"Membela, Mendidik dan Memimpin ke Jalan Allah SWT"
GAN THIAM SENG
Semoga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa,kenikmatan hidup dunia dan akhirat kebahagiaan,keselesaan,keselamatan,kegembiraan, kesenangan,kebeuntungan dunia dan akhirat,diluaskan rezeki dan murahkan rezeki, rezeki seluas langit dunia dan akhirat,rezeki melimpah dan tidak putus,keluarga aman damai makmur dan tenteram,semoga hajat hajat dimakbulkan
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini