PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)

Aktif sejak Jan 25, 2023

Tentang Penganjur

Pertubuhan Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara atau lebih dikenali sebagai PEMAAF secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 20 Disember 2020. NGO yang diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Pengerusi Mohd Shahirul Khalid Bin Mohamad ini sudah mula aktif menjalankan aktiviti sejak awal 2018 dan mula beroperasi sepenuhnya setelah didaftarkan pada 2020. Sehingga kini, PEMAAF mempunyai 20 orang organisasi yang bertugas secara sukarela untuk memastikan kelancaran pengurusan program dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama PEMAAF adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda juga golongan yang terpinggir oleh masyarakat yang tergolong dari kalangan bekas-bekas banduan yang telah dibebaskan dari penjara serta gelandangan. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela untuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial. Mengadakan pusat rawatan islam yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan gangguan makhluk halus.Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian. Memberikan perlindungan kepada pesakit- pesakit HIV lelaki islam di bawah pusat perlindungan HIV. Mengadakan kursus-kursus motivasi yang bersifat keagamaan dan akhlak secara berkala kepada masyarakat islam dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan. Menggalak dan menyedarkan masyarakat agar menjadi masyarakat berilmu dengan budaya rajin membaca. Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menambahkan dana persatuan bagi mencapai objektif dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan. Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pertubuhan selaras dengan tujuannya.Menerima sumbangan dari pihak kerajaan, swasta dan orang ramai untuk persatuan menjalankan aktiviti selaras dengan objektifnya. Untuk menjalankan perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya sekali kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini.Harapan PEMAAF adalah untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan anak muda dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam dan luar negara.


24-G JALAN REKO SENTRAL 4,REKO SENTRAL , 43000, KAJANG, Selangor, Malaysia
pemaafmalaysia@gmail.com
173008048
173008048

Doa-Doa #Penyumbang

ZAINUN HAMZAH

1 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah keredhaan dan syurga firdausMu untuk diriku suamiku kedua ibu bapaku dan anak2ku tanpa azab dan hisab.. aamiin ya mujib

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

1 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Baari' permudahkn urusn mereka.Ya Allah Ya Rahmn Ya Rahim Ya Karim Ya Latif alirkn pahala ini keats kedua ibubapaku,suamiku,ank²ku,adik beradikku,seluruh keturunanku,sahabt²ku,guru²ku,muslimin muslimt,mukminin mukmint.Ya Allah Ya Wahab Ya Fatah Ya Razzaq kurniakn aku kesihatn yg baik,kurniakn aku rezeki seluas langitMu,rezeki yg blh mbantu aku bdakwah kejlnMu dunia akhirt.amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Moga kandungan sy sihat sempurna dan dapat melahirkan anak yg soleh solehah sebarang masalah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kedua ibu bapa ku, dosa2 ku, dosa seluruh ahli keluargaku dan dosa seluruh umat islam. Matikan kami dalam kalangan orang beriman dan berikanlah kami husnul khatimah. Kurniakanlah kami rezeki yg berkat dan melimpah ruah. Permudahkanlah urusan kami bertemu jodoh kami. Permudahkanlah urusan kami didunia mahupun diakhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga sembuh penyakit cancer saya Dan semoga Allah mengampunkan dosa2 kedua ibu bapa saya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan rzk kami berterusan seperti air zam2 yg tidak pernh putus mengalir

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: