PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH

Aktif sejak Feb 23, 2022

Tentang Penganjur

        Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah ditubuhkan pada 7hb Mac 2011 setelah diilhamkan oleh Haji Mohd Bakre Bin Yaakop yang berasal daripada sebuah keluarga yang serba kekurangan. Beliau membesar bersama empat orang adiknya dan menggalas tugas sebagai ketua keluarga setelah kehilangan kedua ibubapa semasa umur 12 tahun. 

Sebagai langkah awal, Haji Mohd Bakre telah mengadakan mesyuarat bersama ahli keluarga terdekat bagi mendapatkan persetujuan dan pandangan mengenai rancangan menubuhkan sebuah rumah anak yatim.Secara umumnya,perancangan tersebut telah mendapat persetujuan ramai oleh ahli keluarga dan saudara mara yang amat bersedia dalam menyumbang tenaga,wang,dan masa bagi menjayakan kerja murni ini.
        Pertubuhan ini telah mendaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Kedah.Namun begitu,pihak pengurusan masih memerlukan derma,zakat,dan sedekah dari orang ramai bagi menampung kos perbelanjaan bulanan serta membaik pulih bangunan untuk keselesaan anak-anak di sini.Sumbangan yang diberikan layak untuk mendapat pengecualian cukai dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
        Pertubuhan Nur Hidayah ini telah beroperasi di sebuah premis persendirian dua tingkat milik Haji Mohd Bakre.Pertubuhan ini menempatkan seramai 26 orang anak-anak yatim dan miskin tegar (perempuan) di sekitar Baling.Pertubuhan ini juga telah mendapat sokongan dari Jabatan Bomba yang telah mengesahkan premis ini telah mematuhi syarat keperluan keselamatan dan kebakaran.Ahli jawatankuasa yang di lantik secara rasmi seramai 9orang ini berperanan mengumpul dana bagi menampung kos operasi dan pengurusan anak-anak di rumah tersebut. 
        Setelah 11tahun beroperasi dan kini bangunan yang di diami sudah uzur dan usang dan perlu segera berpindah,pihak pertubuhan telah mengusahakan pebelian tanah wakaf yang bernilai Rm120,000 hasil dari sumbangan orang ramai dan Alhamdulillah telah selesai. Terkini kutipan untuk pembinaan yang telah bermula sejak 2020 dan kerja-kerja memulakan pembinaan bangunan baru telah bermula pada tahun 2021 sehingga sekarang telah siap hampir 80% , dan masih memerlukan 20% fasa akhir dengan kadar segera bagi anak-anak di sini berteduh dengan selamat dan selesa untuk meneruskan menimba ilmu dan pembelajaran seperti biasa.

        Justeru itu,sebanyak RM250,000.00 sahaja lagi diperlukan bagi fasa akhir ini dan kos operasi pula yang kini bertambah kepada RM250,000 menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM500,000.00. 

...

NO 116 KAMPUNG SADEK
+60194635079
+60104040724

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    9 minit yang lepas

    "Semoga dipermudahkan segala urusan dan selalu dalam perlindungan ALLAH."

    0 orang mengaminkan doa ini

    "Ya Allah, Ya Rahman Yaa Rahim, jadikanlah setiap langkahku adalah ibadah. Setiap usahaku adalah rezeki. Setiap ujianku dijadikan sebagai penghapus dosa. Kurniakanlah kepadaku rezeki yang berlimpah rua..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    9 minit yang lepas

    "Semoga keluarga saya sihat2 selalu .moga ibu Sya di berikan kesihatan yang baik, semoga dengan pemberian ini dapat menjadi asbab segala kesihatan saya di angkat dan di jauhkan dari hasat dengki aminnn..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • ARWAH NAZRUL ISMA BIN HAMZAH

    13 minit yang lepas

    "Mohon doakn utk arwah nazrul isma sakit canser paru2 dr 2017 berakhir sakitnya dan tinggalkan kami semua 9/11/2026(cansernya dh merebak ke hati dn tulang) 😭🤲🤲Umur ank kami 23thn..menjadi ank syurg..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    15 minit yang lepas

    "Mohon agar dipermudahkan segala urusan untuk anak-anak ini.Semoga Allah sembuhkan saya Dan suami dari penyakit sihir..semoga Allah kayakan kami tanpa sebab, Dan kurniakan rezeki yg luas Dan berkah bua..."

  • HAMBA ALLAH

    15 minit yang lepas

    "Semoga keluarga saya sihat2 selalu .moga ibu Sya di berikan kesihatan yang baik,di lindungi diri hasat dengki semoga dengan sedikit pemberian ini dapat menjadi asbab ibu Sya sihat selalu amin "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    16 minit yang lepas

    "Semoga sedikit kebaikan yg saya buat saya dpt infak buat ibu bapa saya... Dan doa kan saya segera dpt lunaskan segala hutang" yg membebankan saya untuk bersedekah lagi lebih"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • NORHIDAYAH LATIB

    17 minit yang lepas

    "Semoga bantuan kecil ini dapat membantu anak2 di Pusat Jagaan Titian Kaseh. "

    1 orang mengaminkan doa ini