PERTUBUHAN PERKASA UMMAH MALAYSIA

Aktif sejak Mar 26, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Perkasa Ummah Malaysia (PPM-023-14-23042021) yang beralamat B-2-9, Plaza Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur atau ringkasnya “PERUMMAH” adalah satu badan organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan, bukan politik serta merupakan badan bukan kerajaan (NGO) Kebajikan sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 23 April 2021 untuk memberi khidmat bantuan dan pembangunan Masyarakat.


PERUMMAH di terajui oleh Tuan Mohd Haffizan Alimudin bagi menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan pembangunan yang menyumbang ekonomi masyarakat luar bandar untuk mencapai matlamat Pertubuhan.


PERUMMAH bekerja rapat dengan kerajaan, badan bukan kerajaan di peringkat negeri serta kebangsaan dan korporat dalam memberikan maklumat, pendidikan , perlindungan kebajikan pembangunan ekonomi khusus kepada masyarakat luar bandar dan akan mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dangan pertubuhan.


Objektif


Merancang program kearah kebaikan masyarakat dari segi Pendidikan, ekonomi, kebajikan, kesihatan dan keselamatan.


Membantu dan melengkapi (complement) usaha-usaha kerajaan dam bidang kebajikan dan pembangunan masyarakat dan mengemukakan pandangan terhadap isu-isu social semasa untuk kebaikan masyarakat Malaysia.


Bekerjasama dengan ahli-ahlinya untuk mempertingkat dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan masyarakat bagi menangani masalah-masalah social semasa di negara ini.


Menghubungkan ahli dan masyarakat dengan pihak yang berkenaan/berwajib untuk sebarang masalah dan tindakan.

Mempertingkatkan social ekonomi masyarakat terutamanya golongan B40 dan luar bandar.


Menganjur, melaksana apa-apa jua program dan aktiviti yang difikirkan sesuai dan manfaat untuk pembangunan masyarakat dan ahli-ahlinya.




12-04-07 FLAT SRI MELAKA , 56100, KM6 JALAN CHERAS, Wilayah persekutuan kuala lumpur, Malaysia
perummah.my@gmail.com
+6016377300
+6016377300