Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan IhsanKu Malaysia adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang didirikan pada 6 Februari 2023. IhsanKu Malaysia komited untuk memperkasa komuniti bagi mewujudkan sebuah suasana masyarakat yang peduli, harmoni dan membangun. Kami percaya, komuniti memainkan peranan penting dalam mencipta dan mempengaruhi lingkungan yang baik kepada ummah. Justeru, usaha menggerakkan sumber dan pemerkasaan secara holistik akan terus dipacu dengan kerjasama pelbagai pihak bagi mencapai matlamat ini.
MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK
Ya Allah, Ini wakaf dr Ku, dr Arwah Ibubapa Ku & dr Ahli KeluargaKu, Murahkan Rezeki Kami & Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik atas Kami & Sembuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah, Terangkan hati Kami dlm mempelajari Al-Quran..Aamin3x..Ya Rabbal A’lamin
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, dan teguhkanlah pendirianku. Mohon redhaMu ke atasku..aamiin
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, permudahkanlah segala Urusan kami sekeluarga. Permudahkanlah anakku menjawab soalan peperiksaan dengan lancar Dan izinkanlah kejayaannya. Murahkanlah rezeki kami Ya Allah. Bukalah pintu rezeki kami seluas-luasnya. Lindungilah kami dari segala musibah, malapetaka, iri hati manusia Dan bisikan syaitan.
1 orang mengaminkan doa ini