Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya adalah sebuah pusat jagaan untuk orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan penjagaan dan tempat tinggal.
Konsep pusat jagaan ini lebih kepada kekeluargaan, agar penghuni disini tidak merasa terpinggir dari keluarga. Apa yang kami perlukan adalah perhatian dari semua untuk menjalakan kehidupan seperti keluarga yang lain, apa yang diperlukan sehari harian adalah sama jua.
Peluang untuk mereka merasa suka dan puashati, adalah satu anugerah bagi pentadbir Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya.
Melihat gelak ketawa dan senyuman mereka bagaikan emas yang ditabur bukan wang bukan harta yang dikejar, tapi biarlah mereka melihat jiwa yang murni hati yang redha dengan ketentuan ILLAHI. Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya memerlukan sokongan dari semua pihak untuk membentuk keperbadian yang sebenar.
Hamba Allah
Didoakan semoga segala urusan kita dipermudahkn Dan Allah lindungi kita dpd kejahatan makhluk Nya yg kelihatan Dan tdk kelihatan. Mudahkan segala urusan rezeki, makbulkan segala doa Dan hajat. Kurniakan kpd kita kesihatan yg baik, ilmu yg bermanfaat, rezeki yg luas lg berkat yg tidak akan habis , yg mbantu kita menuju ke syurga Nya
0 orang mengaminkan doa ini
MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZAKARIA
Sahaja saya berinfaq di atas nama saya, isteri, anak², ibu, adik, dan arwah bapa & arwah adik & arwah ibu saudara saya kerana Allah taala. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dipelihara dari azab kubur, dan kami dikurniakan kesihatan dan kesembuhan, serta semoga rezeki saya bertambah dan diberi kesembuhan dari penyakit saya. Aamiin aamiin allahumma aamiin.
0 orang mengaminkan doa ini