Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya adalah sebuah pusat jagaan untuk orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan penjagaan dan tempat tinggal.
Konsep pusat jagaan ini lebih kepada kekeluargaan, agar penghuni disini tidak merasa terpinggir dari keluarga. Apa yang kami perlukan adalah perhatian dari semua untuk menjalakan kehidupan seperti keluarga yang lain, apa yang diperlukan sehari harian adalah sama jua.
Peluang untuk mereka merasa suka dan puashati, adalah satu anugerah bagi pentadbir Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya.
Melihat gelak ketawa dan senyuman mereka bagaikan emas yang ditabur bukan wang bukan harta yang dikejar, tapi biarlah mereka melihat jiwa yang murni hati yang redha dengan ketentuan ILLAHI. Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya memerlukan sokongan dari semua pihak untuk membentuk keperbadian yang sebenar.
NORRITA IBRAHIM
Infaq Jumaat ini khas untuk anakku Farzana yg sedang malajutkan pelajaran di bumi Mesir. Ya Allah ku serahkan pengajaan beliau padaMu. Permudahkan segala urusan beliau di sana. Semoga beliau berjaya dalam segala yg ingin dicapai…Aamiin
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini