Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya adalah sebuah pusat jagaan untuk orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan penjagaan dan tempat tinggal.
Konsep pusat jagaan ini lebih kepada kekeluargaan, agar penghuni disini tidak merasa terpinggir dari keluarga. Apa yang kami perlukan adalah perhatian dari semua untuk menjalakan kehidupan seperti keluarga yang lain, apa yang diperlukan sehari harian adalah sama jua.
Peluang untuk mereka merasa suka dan puashati, adalah satu anugerah bagi pentadbir Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya.
Melihat gelak ketawa dan senyuman mereka bagaikan emas yang ditabur bukan wang bukan harta yang dikejar, tapi biarlah mereka melihat jiwa yang murni hati yang redha dengan ketentuan ILLAHI. Pusat Jagaan Insan Nur Cahaya memerlukan sokongan dari semua pihak untuk membentuk keperbadian yang sebenar.
WAN KHAIRUL MUZAMMIL
Dengan Asbab Sumbangan Ini Pahalanya Untk Arwah Abah Wan Mat Pawanchee Dan Untk Kesihatan Diriku Dibebaskan Dari Penyakit Jantung Serta Sentiasa Dimurahkan Rezeki Dan DiBerikan Perlindungan Dan Peliharaan Serta Kebahagiaan Buat Kami Sekeluarga doakan Semoga Panjang Umur Dan Di Murahkan Rezeki Serta DiBerikan Kesihatan Yg Baik Selamanya Serta Bahagia Bersama Keluarga Tersayang Dan Syarikat Berjaya
Anda mengaminkan doa ini