Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia telah menubuhkan Pusat Jagaan Nur Hasanah pada bulan Ogos 2006 bagi menempatkan pesakit-pesakit dari hospital seluruh malaysia. Pusat jagaan juga menerima penghuni-penghuni dari Majlis Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan agensi-agensi berkaitan. Pusat jagaan ini bertujuan untuk memberikan penempatan kepada pesakit lelaki terdampar tanpa waris (asnaf, fakir miskin, orang kurang upaya, warga emas dan muallaf) secara percuma. Kes-kes yang tersebut ini kerapkali menjadi masalah kepada pengurusan hospital kerana pesakit-pesakit ini telah dibenarkan pulang (discaj), tetapi tiada tempat tinggal untuk dituju.
Pusat ini juga boleh menempatkan seramai 30 orang penghuni pada satu-satu masa. Sehingga kini seramai 1850 penghuni berjaya ditempatkan semenjak ditubuhkan. Untuk makluman YBhg. Tuan, Pengurusan operasi pusat jagaan ini bergantung kepada sumbangan dana yang diperolehi daripada badan-badan korporat, syarikat-syarikat dan juga individu yang perihatin. Kos pengurusan sebulan dianggarkan sebanyak RM32,598.00 dan kos tahunan mencecah
RM 411,176.00 setahun.

Tiada kempen tersedia buat masa ini.