Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk menampung kos pengurusan operasi Pusat Jagaan Satu Warga Emas yang menempatkan lebih kurang 20 orang wanita warga emas.
Perbelanjaan kos pengurusan ini termasuklah sewa rumah, bil utiliti, keperluan penghuni seperti susu, pampers, ubat ubatan, pengangkutan ke hospital untuk check up, makan minum dan lain-lain.
Selain itu, hasil kutipan juga akan digunakan untuk membaikpulih beberapa kerosakan di dalam dan juga di luar rumah jagaan ini.
ALLAH MAHA MELIHAT
Allah Maha Melihat, semoga niat baik sentiasa dipermudahkan dan sentiasa bertanggungjawab dan sentiasa amanah dalam melakukan aktiviti aktiviti seharian.. Allah sayang pada hambaNya yang melakukan kebaikan. Hanya Allah yang tahu niat baik buruk seseorang. Semoga penghuni2 dan penjaga diberikan kesihatan yang baik2 atas kehendakNya 🤲❤
Anda mengaminkan doa ini