Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk menampung kos pengurusan operasi Pusat Jagaan Satu Warga Emas yang menempatkan lebih kurang 20 orang wanita warga emas.
Perbelanjaan kos pengurusan ini termasuklah sewa rumah, bil utiliti, keperluan penghuni seperti susu, pampers, ubat ubatan, pengangkutan ke hospital untuk check up, makan minum dan lain-lain.
Selain itu, hasil kutipan juga akan digunakan untuk membaikpulih beberapa kerosakan di dalam dan juga di luar rumah jagaan ini.
HAMBA ALLAH
Semoga sumbangan jumaat ini ada pahala bagiku walaupun sekecil.zarah.dan daku menghadiahkan pahala tu kepada arwah Hajjah Zainab binti Pandak. Haji Yahya bin Hj Awang dan Hj Hishamuddin bin Abd Rahman. Kerana Allah ta'ala. Aamiin3 Ya Rabbal Alamin Ya Mujib 🤲
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Sumbangan Jika Ada Pahala nya Ku Hadiahkan Buat Arwah Bapaku Dan Arwah Bapa Mertuaku Dan Juga Buat Ibuku yg sedang uzur Ketika Ini Pada Para Arwah Semoga Bermanfaat Di Alam Barzakh Buat Ibuku Semoga Diberikan Kesihatan yg Baik Oleh Allaah S.W.T In Shaa Allaah Aamin
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini