Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk menampung kos pengurusan operasi Pusat Jagaan Satu Warga Emas yang menempatkan lebih kurang 20 orang wanita warga emas.
Perbelanjaan kos pengurusan ini termasuklah sewa rumah, bil utiliti, keperluan penghuni seperti susu, pampers, ubat ubatan, pengangkutan ke hospital untuk check up, makan minum dan lain-lain.
Selain itu, hasil kutipan juga akan digunakan untuk membaikpulih beberapa kerosakan di dalam dan juga di luar rumah jagaan ini.
Hamba Allah
Bismillah... Sedekah amal jariah kerana Allah SWT. Moga kami sekeluarga diberi kesihatan yang terbaik dan kenikmatan hidup. Bebas daripada kesempitan kesulitan kewangan dan bebanan hutang piutang, dilimpahi rezeki melimpah ruah dan berkah, dipermudah dan diberi kelancaran segala urusan di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Anda mengaminkan doa ini