Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk menampung kos pengurusan operasi Pusat Jagaan Satu Warga Emas yang menempatkan lebih kurang 20 orang wanita warga emas.
Perbelanjaan kos pengurusan ini termasuklah sewa rumah, bil utiliti, keperluan penghuni seperti susu, pampers, ubat ubatan, pengangkutan ke hospital untuk check up, makan minum dan lain-lain.
Selain itu, hasil kutipan juga akan digunakan untuk membaikpulih beberapa kerosakan di dalam dan juga di luar rumah jagaan ini.
ANAK
Ya Allah yang Maha Esa. Ampuni dosa2 kami. Dosa kami kepada kedua ibu bapa kami dan ampunilah dosa2 kedua ibu bapa kami. Engkau kasihi sayangi dan peliharalah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka memelihara kami semasa kecil. Rahmatilah mereka walau di mana saja berada samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Tempatkan mereka di dalam Syurga FirdausMu bersama para syuhada. Aamiin
0 orang mengaminkan doa ini