PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkat sedekah ini engkau ampunilah dosa- dosaku, dosa arwah ibubapaku, ahli keluargaku, guru-guruku serta muslimin muslimat sekelianya. Amin ya Rabbal’alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ATHIRAH BINTI RUSLAN

7 bulan yang lepas

Semoga segala urusan pengurusan badan kebajikan ini dipermudahkan oleh Allah swt. Semoga Athirah Binti Ruslan dikurniakan jodoh terbaik dari sisi Allah swt pada tahun 2024 ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allaah berikan kesihatan dan keselamatan yang baik dan dipermudahkan urusan kehidupan hariam hamba, ibu hamba, isteri hamba, anak2 hamba dan cucu2 hamba. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ATHIRAH BINTI RUSLAN

7 bulan yang lepas

Semoga Athirah Binti Ruslan dikurniakan jodoh yang terbaik dari sisi Allah swt pada tahun 2024 ini

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan penghuni rumah Nur Ehsan, diberi kesembuhan setiap penyakit. Ya Allah Ampunkan dosa hamba mu ini. Semoga dipermudahkan urusanku utk belajar, bekerja & capai impian ku. Kurniakanlah jalan keluar utk setiap kesulitan. Ya Allah sesungguhnya Tiada tuhan yg disembah hanya Allah, Allah Yg Maha Besar,Maha Mengetahui,Maha Agung&Maha Pengasih & Maha Penyayang. Amin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga diterima segala amalan dan dipermudahkn segala urusan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: