PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga segala penyakit saya diangkat oleh Allah swt. Dan semoga pusat jagaan ini terus dpt memberi khidmat kpd yg memerlukan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KHALILAH BINTI ABBAS

2 minggu yang lepas

Semoga Allah swt beri Syurga dunia dan akhirat buat kami seisi keluarga serta pahala yang tak henti buat Emak Abah datuk nenek moyang ahli keluarga yang hidup atau yg telah pergi. Aamiin3

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Doakan saya dipermudahkan urusan mengerjakan hati tahun 2026

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FATIMAH DALHAR

2 minggu yang lepas

Yaallah kau ampuni segala dosa2 arwah suami dan kedua arwah ibubapa mertua dn masuklh mereka kedalam syurga Firdaus Mu Aamiin 2 YRA

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semua dipermudahkan segala urusan pembelian rumah Nur Ehsan ini ..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga Allah melindungi kita semua dan luaskan rezeki kita semua, Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: