PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

FAIROLLE BIN OTHMAN

1 hari yang lepas

Semoga saya dan persatuan Nur ehsan dipermudahkan segala urusaan Dunia Dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AINAH NAZIRAH BT JANI

1 hari yang lepas

Semoga Ainah Nazirah mendapat pekerjaan yg tetap dan gaji yg besar serta persekitaran kerja yang baik.. Semoga dimewahkan rezeki daripada pelbagai sudut..amiinnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Diberi kemudahan urusan dunia akhirat kepada penghuni nureshan dan penyumbang.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 hari yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah swt sentiasa.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Senoga tuhan melindungi dan memberi kesihatan yang terbaik untuk semua penghuni rumah ini. Ya allah kau mudahkan la urusan mereka.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Semoga saya dan org2 tersayang berjaya dunia & akhirat, selamat dari azab neraka, dan segala jenis bentuk keburukan, kami diberi jodoh yang terbaik dan selalu bersyukur dan mengingati Allah Azza wa Jalla.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: