PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

RAFIDAH BINTI SAID

8 bulan yang lepas

Doa & Tahlil untuk : 1) Said bin Awal 2) Kamar binti Midon Doakan saya sembuh dari BRAIN TUMOR ;: ~ Rafidah binti Said.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allaah berikan kesihatan dan keselamatan yang baik dan dipermudahkan urusan kehidupan harian hamba, ibu hamba, isteri hamba, anak2 hamba dan cucu2 hamba. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Doakan saya dan keluarga terus istiqomah kejalan Allah taala . Doakan keluarga saya semua solat termasuk saya . Doakan kami diberikan kesehatan yg baik

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Semoga dimudahkan segala urusan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

CHE NUR WAHIDA

8 bulan yang lepas

Semoga pakcik dan makcik disana dpat hidup dengan selesa dan makan yg sedap2. Smoga sntiasa dilindungi dan smoga bahagia disna. Terima kasih kepada yg menjaga mereka smoga segla urusan dipermudahkan . Dan smoga dengan bantuan ini allah melindungi keluarga saya dan smoga diberkati dan aman makmur . amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

8 bulan yang lepas

Sihat kan kesihatan kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: