PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga Norain Ishak MDRT 2025 Muhammad Luqman Al Hakim Azman MDA 2025. Nur wafiq danish norazlan Straight A SPM. Aamiin ya Allah ya mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga para ibu2 di pusat jagaan nur ihsan ini sentiasa dirahmati Allah. Semoga pahala sedekah ini dicucuri Allah kepada arwah ayahanda tercinta Hamdani bin Echai dan ibu ku Siti Patimah binti Johari.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Mohon doakan seluruh muslimin muslimat walau di mana berada sentiasa dalam rahmat kaseh sayang Allah. Semua sedikit sumbangan ini pahalanya mengalir buat arwah mak abah arwah mak abah mertua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga ibu2 ayah2 disini sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah swt .Begitu juga pd penjaga2 dan semua yg menguruskan ibu2ayah2 disini. Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Doakan arwah ibu saya ditempatkan dikalangan orang² yg beriman dan doakan saya dan family dirahmati Allah sentiasa..Aminnn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Moga Allah permudahkan segala urusan duniaAkhirat Kita semua, aamiin yarabalalamiin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: