PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah, jika ada pahala yang mengalir dari sedekahku ini dapat menjadi penolongku di alam seterusnya & juga dapat diberikan kepada semua ahli keluargaku yang sudah meninggal dunia / yang masih hidup. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD TAFF

9 bulan yang lepas

Moga mohd taff diberikan kesihatan yg lebeh baik berterusan kerana Allah utk menjalani ibadah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan mereka, bantulah mereka dengan hadirkan ramai lagi yang sudi berkongsi rezeki demi memastikan apa yang dirancang berjaya. Berikanlah mereka juga kekuatan dan ganjaran kebaikan yang besar dalam usaha mereka membela nasib warga emas di bawah jagaan mereka. Engkau berkatilah jua setiap niat baik mereka, in sya Allah. aamiin.. aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

UMAR BIN ABDULLAH

9 bulan yang lepas

Ya Allah SWT ampunilah dosa kdua ibubapaku.Berilah kesihatan baik kpd mereka.Ya Allah SWT mudahkan lah segala urusan warga emas NUR EHSAN.AAMIIN.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

UMAR BIN ABDULLAH

9 bulan yang lepas

Ya Allah SWT ampunilah dosa kdua ibubapaku.Berilah kesihatan baik kpd mereka.Ya Allah SWT mudahkan lah segala urusan warga emas NUR EHSAN.AAMIIN.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kedua ibubapaku..ampunkan dosaku..sembuhkan pemyakit hypertyroidku..Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: