PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HANI

1 tahun yang lepas

sahaja Aku sedekah subuh bulan Rejab kerana Allah Taala..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Mintak doakan ahli keluarga saya dan mertua diberi kesihatan yg baik, rezeki yg melimpahruah.. Anak² sye menjadi anak yg soleh solehah.. suami sye mendpt rezeki yg x dijangka, menjadi insan yg kaya raya supaya dpt membantu org yg lebih susah.. doakan agar sye dan suami serta anak² mendpt rezeki utk ke tanah suci dlm keadaan terlebih mampu dr semua segi.. amin amin amin...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARZADIYANA ARSHAD

1 tahun yang lepas

Sumbangan ini daripada Zaleha (mak ) & Arshad (Ayah) saya. Doakan kesihatan mereka & bahagiakan mereka di Dunia & akhirat . Jauhilah mereka Dari api neraka. Aamin2..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 tahun yang lepas

Ya Allah berikanlah kami rahmat dan kasih sygMu. Ampunkanlah dosa2 kami, selamatkanlah kami didunia dan akhirat aamiin Allahumma Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZMAN BIN ISMAIL

1 tahun yang lepas

DOAKAN SAYA .... 1) DAPAT JODOH ISTERI YANG BAIK DAN SOLEHAH PILIHAN HATI INI. 2) DAPAT MURAH REZEKI YANG HALAL DAN BERKAT DAN DI LUASKAN REZEKI YANG HALAL DAN BERKAT. 3) DAPAT KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA DAN DI REDHOI ALLAH TAALA. 4) DAPAT KESIHATAN TUBUH BADAN DAN DI SEMBUH KAN PENYAKIT2 YANG ADA. AMIINN

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: