PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kita semua dimurahkan rezekinya biar dapat membantu lebih lagi insyaallah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga atok nenek semua dalam keadaan sihat sejahtera. Doakan untuk ayah saya juga sihat yang baru sahaja melakukan pembedahan di kepala. Terima kasih.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga diberi kesihatan yg baik buat sy dan keluarga saya. Dilancarkan segala urusan ibu bapa, keluarga dan diri saya. Diberikan jodoh yang terbaik buat sy. Semoga hubungan silaturrahim keluarga kami kuat dan saling sayang serta hormat menghormati sesama kami. Serta dipermudahkan urusan kami semua dan umat islam seluruh dunia. Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Sedekah ikhlas untuk arwah abah Abdul Razak bin Daud. Semoga dipermudahkan urusan. Aminñ..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan di akhirat kelak...aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Sedekah subuh ni kerana Allah swt.. moga Allah swt ampunkn segala dosa2ku Dan ahli keluarga ku yg lain.. Moga sedekah ni asbab untuk kami sekeluarga masuk ke dalam syurga Allah swt.. Infaq ni utk Arwah abah hj Salim bin kerenteng Dan sekaliannya umut nabi Muhammad swt yg telah ke rahmahullah... Dan junjungan nabi Muhammad swt.. moga kami sekeluarga bahagia Dunia akhirat Dan hidup mndpt keredhaan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: