Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, berkatilah stiap rezki yg Kau beri, tetapkan iman kami, jgn Kau bolak balikkan hati kami, bantulah kami dlm mghadapi setiap dugaan dariMu.. selamatkan kami dunia akhirat.. jauhkan kami dari azab kuburMu, azab api neraka, fitnah di dunia & akhirat dan fitnah dajjal.. ketemukan kami bersama Rasulullah dan org2 yg kami sayang di syurgaMu kelak.. aamiin
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampunkan dosa2 ku, redhai dan rahmatilah hidupku, permudahkan dan berkatilah rezekiku, permudahkan segala urusan pekerjaanku, jauhkan diriku, isteri dan anak2 ku serta ibu bapaku drpd azabmu, selamatkan diriku, isteri dan anak2 ku serta ibu bapaku drpd sebarang bencana, malapetaka, musibah, kemalangan, wabak penyakit, perbuatan jenayah, fitnah dan khianat. Lindungilah kami ya Allah. Amin
Anda mengaminkan doa ini