PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga keluarga saya bebas dr musibah yg melanda dan Allah kurniakan rahmat dan redhaNya kepada semua.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudahkan urusan hutang ,rezeki dan jodoh saya dan saya sekeluarga berpeluang menunaikan umrah .semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu.ins sha Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya dipermudahkan urusan dan mendapat husnulqotimah di akhir Hayati... Infaq ini adalah khas pahala untuk arwah mak dan abah.. Semoga sampai pahala kepada mereka...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah berkatilah infaq ini dan permudahkan urusan mereka yang memerlukannya serta gembirakan hati mereka. Ya Allah berkat dari infaq ini Kau peliharalah arwah Yak Patimah Binti Jaini dan dipermudahkan urusan arwah Yak Patimah Binti Jaini di alam barzakh dan alam akhirat. Tempatkan arwah Yak Patimah Binti Jaini dalam golongan ahli Syurga Firdaus Mu tanpa hisab dan azab. Aamiin Ya Mujib.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Kau kurniakanlah khusnul khatimah buat kami sekeluarga.. Jangan lah Kau cabut nyawa kami sebelum kami sempat bertaubat Nasuha padaMu.. Ampunilah dosa semua yang kami kasihi..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga mereka yang bergelar ibu & bapa dirahmati, dilindungi, dikasihi, dipermudahkan urusan dunia akhirat & dikurniakan rezeki & kesihatan yang baik insyaallah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: