PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBA_ALLAH

4 minggu yang lepas

Semoga Allah mudahkan urusan semua staf dan penghuni rumah warga emas dan dilimpahi rezeki yang banyak agar pengurusan rumah ini dapat diteruskan tanpa sebarang masalah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZURAIDAH BINTI HASSAN

4 minggu yang lepas

Semuga mendapat rahmat Allah...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 minggu yang lepas

Doakan saya, isteri & anak-anak saya dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 minggu yang lepas

Semoga ALLAH SWT permudahkan semua urusan badan kebajikan ini, AAMIIN ALLAHUMMA AAMIIN

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 minggu yang lepas

Semoga urusan pembayaran rumah ini dpt diselesaikan dgn segera dan semua warga rumah ini dapat keselesaan

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAZILAH BINTI SALEHUDDIN⁹

4 minggu yang lepas

Ya Allah permudahkan lah segala urusan pertubuhan ini dgn penuh keberkatan dan rahmatmu. Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: