PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

saya niatkan sedekah ini utk arwah ayh saya ismail bin bakar dan ats mk sy maimunah bt md zin..tolong doakan mk sy sembuh dr knser..aminn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sy niatkan pahala.sedekah ini buat arwah mak (Maani.binti Nansam) & ayah saya (Mansor.bin Isa) yg telah tiada..Moga ada.pahala.yg.mengalir buat mereka.yg amat saya.sayangi & rindui

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AGUS DAN FATIMAH

2 tahun yang lepas

Semuga dipermudahkan oleh Allah,diberkati dan dirahmati

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI WAHAYU BINTI ABDUL WAHAB

2 tahun yang lepas

Saya doakan semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan Dr api neraka, sentiasa dilindungi Allah swt

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Sy sedekahkan dgn nilai yang x seberapa ini atas nama mak saya hajar ishak dan arwah abah saya zanal azid b mohamed yusof... Mohon doakan mak sehat, kuat dan panjang umur.. dan tempatkanlah arwah abah saya dan adik beradik sy serta semua umat islam ditempatkan di syurga ... Diampunkan dosa² seluruh umat islam yg masih hidup dan yg telah kembali padaNya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AIDA FAZLEEN BINTI MAN

2 tahun yang lepas

Semoga Aida Fazleen Binti Man dapat bahgiakan mak and jaga mak .serta mudahan adik beradik leen tetap bersatu .sedekahkn jugak Al fatihah buat arwah ayah Man Bin Daud .,💕

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: