PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, rahmatilah kedua ibu bapaku serta penduduk di rumah warga emas ini seperti mana mereka mengasihani anak mereka sewaktu kecil. Ya Allah ampunkanla dosa arwah abahku, lapangkan la kuburnya, jauhilah dia dari siksaan kubur dan api neraka, jadikanla kuburnya sebahagian dari taman2 syurga. Ya Allah, engkau rahmatilah juga seluruh penjaga pusat penjagaan ini dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doa kan kawan saya arwah farah nadhirah binti jamal

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORZIAH BINTI HAJI AHMAD

2 tahun yang lepas

Semoga Allah SWT memberi kan kesembuhan dan memberikan kesihatan yg baik ke atas diri ku dan anak lelaki ku. Aamiin Ya Allah. Aamiin Ya Mujib. Aamiin Ya Rabbillalamin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSIDA BINTI ARSHAD

2 tahun yang lepas

Saya doakan agar ramai orang menderma dan membantu untuk memberi kehidupan yang selesa untuk warga emas ini. Doa kan juga agar saya sekeluarga dan para penderma yang lain di murahkan rezeki dan diberi kesihatan agar dapat terus membantu orang- orang yang memerlukan bantuan. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Berkatilah mereka ya allah, permudahkan segala urusan mereka dan saya didunia dan akhirat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: