PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, alhamdulillah segala nikmat yang telah diberikan kepada ku, ampunikanlah dosa-dosaku, ibu bapa ku, saudara-saudara ku, isteri ku dan anak-anak ku. Jauhkanlah kami dari azab api neraka, azab alam kubur, azab di padang mahsyar dan azab di dunia. Berikan lah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat serta di padang mahsyar. Permudahkan semua urusan kami dan permurahkan lah rezeki kami.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

YA Allah terimalah sumbangan kami rahmatilah dan berkahilah umur kami.Ampunilah dosa2 kami selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat.Masukkanlah kami ke dalam rahmat mu bersama dengan orang2 yang beriman. Murahkanlah rezeki kami .Rahmatilah rumahtangga kami dan peliharalah rumah tangga kami dan keluarga kami sehingga ke Jannah Dan ampunilah dosa2 kami Amin Ya Robbalalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

berikan kesihatan yang baik, limpahkan rezeki kami seperti air mengalir & panjangkan umur kami agar dapat mengerjakan umrah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Selagi ada ibu & ayah berbakti la kepada mereka terutama seorang ibu yang melahirkan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZATI HAZIRAH ABD RAHIM

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhanku, jangan biarkan hamba-Mu yang bernama Zati Hazirah Binti Abd Rahim ini keseorangan. Hadirkan cinta yang halal baginya dan jauhkan cinta yang sia-sia. Limpahkan rezeki agar Zati Hazirah dapat membeli sebuah rumah pada tahun ini dengan pilihan rumah yang terbaik baginya. Tempatkanlah Zati Hazirah ke dalam syurga-Mu tanpa hisab dan azab. Aamiin ya Mujib.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dilimpahi rezeki dan dipermudahkan urusan kalian aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: