PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

ZAINON ROSNAN

2 tahun yang lepas

Muga, Allah mudahkn urusan kita semua, aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Mohon doakan kesembuhan bayi Norazalea Binti Norazman dari penyakit yang sedang dihadapinya dan pulih sepenuhnya..Aminn..insyaAllah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NANG MENGULIT CINTAMANI

2 tahun yang lepas

YaAllah berikan kpdku doa sakti ajaib doa yg mustajab tanpa hijab Kabulkn semua doaku YaAllah pahala sedekah ini untuk MuhammadZulqurnain bin BadronNissa tempatkn dia didlm taman syurga bersama ahli syurga berikn syurga tanpa hisab kpdnya lepaskn dia dr AzabKubuR SeksaanApiNerakA berikan keampunan diatas segala dosa kesalahan dia

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ampunkan dosa panjang umur murah rezeki dan semoga dapat balasan syurga

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Smga allah swt rezeki kn saya dapat beli rumah untuk mak dn bawa mak ke tanah suci...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga segala urusan pihak penganjur dimudahkan. Doakan juga buat diri ini agar mudah mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil. Serta doakan agar diri ini dapat menjawat jawatan guru tetap dan dapat manfaatkan ilmu ini kepada orang sekeliling.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: