PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NG HENG TIT

2 tahun yang lepas

Harap dunia aman dan damai.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR ISHAM ABDUL RAHMAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah..hapuskanlah segala dosa dosa kedua ibubapa ku,isteri dan anak anakku,diriku dan kaum krluargaku.Kurniakanlah kami KeredhaanMu,KerahmatanMu dan KeberkatanMu.Kurniakanlah kami dengan rezekiMu yang melimpah.Aamiin Ya Allah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROZAIDA BINTI PUTEH

2 tahun yang lepas

Ampunkan dosaku suamiku anak2ku ledua ibubapaku kedua mertuaku berilah kenikmatan hidup rezeki yang berkah dan melimpah keluarga yang damai tenteram sejahtera dan keberuntungan di dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa2 ku, redhai dan rahmatilah hidupku, permudahkan dan berkatilah rezekiku, permudahkan segala urusan pekerjaanku, jauhkan diriku, isteri dan anak2 ku serta ibu bapaku drpd azabmu, selamatkan diriku, isteri dan anak2 ku serta ibu bapaku drpd sebarang bencana, malapetaka, musibah, kemalangan, wabak penyakit, perbuatan jenayah, fitnah dan khianat. Lindungilah kami ya Allah. Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Permudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,ampunilah dosa2 Nur Azean & keluarganya, permudahkan lah urusan mereka didunia & akhirat. Permudahkan lah rezeki mereka, permudahkan lah urusan perkahwinan Nur Azean & Amrullah. Permudahkan lah urusan pbayaran balik duit ptptn Nur Azean.. Semoga ada rezeki utk bayar balik secepat yg mungkin dan settle semua hutang2.. Aamiin2 YA RabalAlami🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: