PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

ZAINON ROSNAN

2 tahun yang lepas

Muga Allah mudahkn semua urusan kita, aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NABILLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rezeki Kami memohon kepadaMu Ya Allah, Berilah kami rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Allah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Infak atas nama ibu saya, Hajah Hadzijah binti Haji Awang Yahya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, aamin aamin Allahuma aamin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAINON ROSNAN

2 tahun yang lepas

Muga Allah mudahkn urusan kita semua, aamiin

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah..Bagilah suamiku dpt transfer Epf Alor Setar supaya km dpt complete 1keluarga berhimpun di Kedah hingga ke Syurga Firdaus tnpa hisab.Kurniakan kami usnulKhatimah,sentiasa d jlnMu yg lurus.Selamatkn km dr azab kubur,api Neraka,fitnah hidup&mati.Jadikn anak2ku permata ummah,ulamak huffaz.Ampunkn dosa2kami

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkn urusan keluargaku punya anak yg baik Lulus cemerlang dalam peperiksaan Rezeki melimpah ruah seluas luas lautan dudahkan urusan perniagaan

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: