PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Allah membalas jasa baik kamu semua untuk menjaga tiap tiap warga emas. Amiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD SAUFI BIN RAHMAT (ALMARHUM)

2 tahun yang lepas

semoga kita semua didalam lindungan mu ya Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan agar kami mmperolehi umrah mabrurah dan dipermudahkan urusan ibadah dan ziarah kami di sana

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ATIQAH SYAHIRA BINTI SHAHARUDIN

2 tahun yang lepas

Semoga anak2 menjadi anak solehah, cemerlang dunia dan akhirat, menjadi anak yang akan berkhidmat kepada keluar, agama, bangsa dan negara. Keluarha diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, diterima segala amal ibadat, diampunkan segala dosa, dipermudahkan urusan ibadah. Semoga sabar mengharungi hidup di penghujung usia, diberikan kekuatan & kebahagiaan, diberikan kesenangan & kemudahan. Doakan semoga saya istiqomah di jalan Allah. Doakan semoga solat 5 waktu terjaga. Doakan semoga dicukupkan segala rezeki. Semoga berjumpa di Syurga Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

saya bekas pesakit stroke. perempuan dan masih bujang. dah blh berjalan dan uruskan diri. pergi kerja drive sendiri. tinggal seorang diri. masih ade kesan stroke pd otak saya. mcm bodoh skit. berckp pon pelat. kawan2 pon tinggalkan saya. tp Allah peneman saya. tolong doakan saya ye

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: