PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

ROFIZA BT AHMAD

1 bulan yang lepas

Didoakan semoga sumbangan ini dpt mmbntu sedikit sebanyak keperluan utk digunakan bg keperluan insan insan di sini Doakn saya supaya sentiasa sihat

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Moga segala urusan pengurusan di permudahkan dan dlm redho dan rahmat Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Alhamdulillah, saya di beri peluang menjaga arwah ayah sehingga meninggal. Skg sedang menjaga ibu pula. Mudahan terus diberi kekuatan & Iman. Sayu melihat keadaan org2 tua yg lemah tanpa perhatian keluarga sendri. Sgt memukul jiwa. Menghrp pahala sedekah ini sampai kepada arwah ayah & ibu yg masih. Juga mudahan bila sampai usia tua saya nanti juga, Allah permudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAYATI

1 bulan yang lepas

Semuga segala nya dipermudah kan oleh Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah luaskan rezeki mereka dan dipermudahkan segala urusan...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

LATIFAH CHEQ

1 bulan yang lepas

Semoga pusat ini dpt mbeei baktinkpd mrk yg memerlukn smpi bila. Smpikn pahala kpd ke2 ibu bapa saya, aruah suami dan aruah anak saya. Doakn mrk berada bersama org2 soleh. Tk

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: