PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HANITA HASSAN

2 tahun yang lepas

Ya Allah sampaikan pahala sedekah ini untuk arwah bapak ku...Aminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan & diperluaskan rezeki kita semua.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga ank2 sy mnjadi ank yg beriman baik cemerlang ada masa dpn yg baik hormati org tua dan mngenang jasa..jauhi dr perkara yg x baik didunia hingga akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, dunia dan akhirat. Semoga Allah luaskan rezeki kita semua, seluas-luas lautan, langit dan bumi. Semoga Allah kurniakan kesihatan baik yang berpanjangan, dijauhkan segala anasir2 jahat di dunia ini. Semoga Allah kurniakan syurga buat kita semua.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Tolong doakan Allah sembuhkan saya Dan kembalikan kesihatan saya seperti sediakala... Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semua kedua ibu bapaku akan sentiasa disayangi dan dihormati oleh orang2 sekeliling. Semoga terampun segala dosa mereka hatta sekecil kuman sekalipon.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: