PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

doakan ibu saya hajjah hazimah yg sudah lama meninggal.doakan ayah says hi jaafar agar sembuh dari penyakit.dan doakan makcik dan pakcik saya yg sudah lama meninggal termasuk abg saya sajid .semoga tergolong di kalangan orang2 yg beriman.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

doakan ibu saya hajjah hazimah yg sudah lama meninggal.doakan ayah says hi jaafar agar sembuh dari penyakit.dan doakan makcik dan pakcik saya yg sudah lama meninggal termasuk abg saya sajid .semoga tergolong di kalangan orang2 yg beriman.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SAHARUDDIN BIN ABU BAKAR

1 bulan yang lepas

Didoakan moga Saharuddin bin Abu bakar kembali sihat sepenuhnya dari kesakitan yang di alami.aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NEIDA BINTI ABU HASSAN

1 bulan yang lepas

Moga Allah permudahkan segala urusan dari awal hingga akhir. Moga Allah kurniakan saya kesihatan yg baik dan dpt beribadat dgn sempurna

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah, kurniakan anak-anak perempuanku (Syaza, Aina, 'Alia, Afiqah) istiqamah beribadat, rezeki yang Halal serta luas, jodoh yang baik dan cemerlang dunia akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

LINDA KAMA

1 bulan yang lepas

Ya Allah, terimalah daripada kami sedekah ini, dan sampaikanlah pahalanya kepada roh almarhum Hj Kamaruddin bin Mohd Amin dan almarhumah Hjh Nor Hayati bt WooYop.. amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: