PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

اللهم يسر ولا تعاسر

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Utk kedua Ayah dan Mak saya Allahyarham Haji Shari Bin Ahmad Allahyarhamah Hajah Joriah Bt Abdullah Serta saya Zulfah binti Shari sekeluarga

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

utk kedua Ayah dan Mak saya Allahyarham Haji Shari Bin Ahmad Allahyarhamah Hajah Joriah Bt Abdullah saya sekali Zulfah binti Shari sekeluarga.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan saya dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik.. Terima kasih

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AINUL BASHIRAH BINTI MD NAJIB

1 bulan yang lepas

semoga ainul bashirah diberikan kesabaran yang tinggi dan ikhlas menjaga mak dan abah sampai akhir hayat mereka tanpa meninggalkan mereka di pusat jagaan orang tua .. semoga ainul bashirah dan zafri harith bin zulkifli dimurahkan rezeki , kurniakan la mereka zuriat yang baik yang , sihat , dan pandai .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Saya niat sedekah ni utk arwah ayah saya Hj Abd Karim bin Yassen.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beramal Soleh..amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: