PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan, jika ada pahala buat kedua org tua dan kedua org tua mertua sy yg telah meninggal dunia, semoga ada pahala buat allahyarham dan Allahyarhammah dgn sumbangan/sedekah ini, in Sya Allah, 🤲🏻 Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan rumahtangga saya dan suami bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata.. 11thn penantian.. Dan semoga dipermudahkan segala urusan pembelian rumah perlindungan warga emas ini.. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan rumah tangga sy bahagia dan dikurniakn cahaya mata, 11thn penantian... Semoga dipermudahkan segala urusan pembelian rumah utk perlindungan warga emas ini... Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dpermudahkan segala urusan ibu2 di rumah perlindungan warga emas Nur Ehsan.. Amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga rumah warga emas wanita dapat dbeli dan dibesarkan .. maaf skrg hanya mmpu beri sumbangan kecil tapi penuh dngn keikhlasan. Semoga segala urusan d lancar untuk membesarkan rumah warga emas wanita

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

ya allah ,, kau jauhi la arwah ibu ku dr azab kubur,kau lindungin la ibu di alam kubur,,kau tmpatkn ibu di syurga mu ya allah..kau beri kan aq kesabaran,ketabhan,kecekalan,kekuatan,ketenangan kpd ku ktke mhdpi ujian hdup yg kau berikn ..ya allah berikan aq dn keluarga ku kshtn yg sht dn khdpn yg senang dn jauh dr di kelilingi owg2 yg toksik dn jauh dikelinlingi htg2.. smg khdpn ku sntse di rhmati

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: