PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim.... "Ya Allah Semoga dengan Infak untuk RUMAH PERLINDUNGAN WARGA EMAS NUR EHSAN, memberi manfaat kepada mereka di sana. Semoga dengan Infak ini Ya Allah ampunkan dosa²ku, suamiku Aidy Hafizi, anak2ku Iman Akhil dan Akmal Najmi, ibu bapaku dan juga orang2 yang telah ku zalimi. Ya Allah jauhkan aku dari kesempitan hidup dan anugerahkan lah keredhaanMu. Aamiin Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga apa yang ingin kita lakukan akan tercapai..amin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan..Aamiin 🤲🏼

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Engkau Rahmatilah, Berkatilah mereka yang berada di rumah kebajikan ini. Muliakanlah kehidupan mereka, muliakanlah kebaikan mereka. Dan jangan apalah kiranya diaibkan mereka dari sebarang kemudaratan. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ATIKAH ASRAR

2 tahun yang lepas

Semoga saya dpt bayar segala hutang² dan dipermudahkan segala urusan utk membesarkn tempat perlindungan warga emas Nur Ehsan..Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Smoga Allah permudahkan sgala urusan owner staff&semua penghuni pusat jagaan warga emas ni dkurniakan kesihatan yg baik semuanya..jugak buat ibu kandung sy yg xtau keberadaannya..smoga sntiasa dlm lindungan rahmat Allah Swt..mohon doakan sy dpt bertemu ibu kandung sy 1day..&masaalah kesihatan sy beransur pulih🤲🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: