PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan semua urusan pihak pengurusan untuk membeli rumah buat ibu-ibu di sini dan dimurahkan rezeki melimpah ruah seluas langit untuk berbakti untuk semua ibu ayah di Pusat Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan. Moga Allah mudahkan saya untuk terus berbakti pada kedua ibu bapa saya hingga akhir hayat & dapat bantu ummah. Aamiin Ya Mujib 🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusannya

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga ibu ibu dan ayah ayah yg berada di pusat jagaan warga emas ini dilindungi Allah. Doakan saya dpt berbakti kepada kedua ibu bapa saya sehingga akhir hayat meraka. Aaminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUMAH HJ.ROKIAH BINTI HJ.TIBAN

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan untuk pusat Jagaan Rumah Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan...semoga tercapai hajat untuk membeli dan membesarkan lagi Rumah Perlindungan Warga Rmas ini ..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

DOMONIC UJANG

2 tahun yang lepas

Saya sentiasa mendoakan keseluruhan ahli keluarga saya diberikan kesihatan terutamanya ayah dan ibu saya,dan saya sentiasa beringat bantu lah org lain selagi mampu tanpa melihat siapa mereka

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah Permudahkan semua urusan sy dan keluarga sy di dunia dan akhirat dan moga Allah limpahkan rezeki buat sy tidak putus'2 supaya sy dapat settlekan segala hutang yg ada aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: